Peralatan Menjahit : Pembaris
Terdapat berbagai-bagai bentuk pembaris yang di gunakan semasa merajah pola dan mengukur fabrik. setiap pembaris mempunyai fungsi yang tersendiri. ok dekat bawah ini saya tunjukkan 4 jenis pembaris yang selalu di gunakan.
jumpe lagi di pos yang akan datang...saya akan tunjukkan beberapa peralatan yang lain pula...
Home » Posts filed under Peralatan Menjahit
Peralatan Menjahit : Jarum Peniti
Jarum peniti merupakan satu lagi alatan yang agak penting di dalam proses jahitan. Jarum peniti digunakan sebagai penyemat di atas kain/ fabrik sebelum memulakan proses jahitan. Ini bertujuan bagi memudahkan proses jahitan dan cantuman fabrik supaya tidak bergerak ketika sedang di jahit.
Tapi berhati-hati ketika menggunakan jarum peniti kerana ia boleh mencederakan jari-jari anda jika anda lalai...
Peralatan Jahitan : Kapur Penanda
Kapur Penanda adalah satu alatan yang sangat penting digunakan semasa melukis pola di atas kain. Kapur penanda ini di gunakan kerana garisan2 yang di buat menggunakan kapur ini akan hilang apabila pakaian yang telah siap di basuh nanti. Jadi ia tidak meninggalkan kesan yang tidak cantik pada pakaian kita.
Kapur penanda mempunyai pelbagai warna yang boleh digunakan mengikut kesesuaian warna kain yang ingin di jahit.Kat bawah ni saya tunjukkan gambar kapur penanda....
Peralatan Jahitan : Pita Pengukur
Salam Ramadhan semua..mcm mana puasa tahun ni?...pelajaran melukis pola baju kurung kita pun dah hampir selesai..harap dapatlah membantu serba sedikit sesiapa yang ingin belajar membuat baju kurung sendiri. Rasanya baik juga kalau saya kongsikan sedikit berkenaan peralatan - peralatan jahitan. Cuma yang asas2 sahaja....
Kali ini saya nak tunjukkan Peralatan yang sangat penting untuk mengambil ukuran..apa lagi mestilah "PITA PENGUKUR". Rasanya ramai yang dah tahu rupa pita pengukur ni kan...ok kat bawah ni saya tunjukkan inilah pita pengukur.
Pita ukur ini di gunakan untuk mengambil ukuran badan. Ia mempunyai ukuran dalam unit inci dan sentimeter. Selalunya tukang jahit akan menggunakan unit inci semasa mengambil ukuran.
ok...itu saja info mengenai pita ukur yang ingin saya kongsikan. Nanti saya akan tunjukkan lagi peralatan2 jahitan yang lain pula.....