feat3

Selamat Datang!

Selamat datang dan terima kasih kerana melawat blog Butik YusNur. Kami menyediakan tutorial jahitan, panduan percuma berkenaan cara menjahit dan menjual pakaian seperti tudung, baju muslimah dan pelbagai lagi secara online.

Read More


Panduan Membuat Kebaya Moden Leher V dan Kain Selisih

feat3

Panduan Membuat Kebaya Moden Leher V dan Kain Selisih

Hi semua, hari ini saya ingin berkongsi panduan bagaimana menjahit baju kebaya moden leher V. Panduan ini saya dapat semasa 'googling-googling' mencari nota menjahit yang ada kat internet ni.

Panduan ini mempunyai 7 topik semuanya :

1) Topik 1 : Pengenalan kepada baju kebaya moden
Mengenal pasti bahagian-bahagian baju kebaya moden leher V dan kain selisih
Mengenal pasti dan menyenaraikan bahagian-bahagian baju
Mengenal pasti dan menyenaraikan bahagian-bahagian kain

2) Topik 2 : Peralatan Jahitan menjahit baju kebaya moden
Mengenal pasti dan menyenaraikan peralatan jahitan yang digunakan
Mengenal pasti dan menyenaraikan kegunaan dan fungsi peralatan jahitan

3) Topik 3 : Bahan Jahitan baju kebaya moden
Mengenal pasti dan menyenaraikan bahan jahitan yang digunakan
Mengenal pasti dan menyenaraikan kegunaan dan fungsi bahan jahitan

4) Topik 4 : Mengambil ukuran baju kebaya moden
Mengenal pasti bahagian badan yang perlu diukur
Mengukur bahagian-bahagian badan dengan tepat
Menerangkan langkah-langkah mengukur setiap bahagian badan dengan tepat

5) Topik 5 : Merajah dan menggunting pola baju kebaya moden
Mengenalpasti bahagian yang memerlukan pola dan teknik bagaimana merajah dan menggunting pola.

6) Topik 6 : Menanda basi dan mengunting fabrik baju kebaya moden
Menanda bagi jahitan pada fabrik.
• Menerangkan langkah-langkah menanda bagi jahitan pada fabrik.
• Menggunting fabrik mengikut pola yang telah dirajah.
• Menerangkan langkah-langkah menggunting fabrik mengikut draf pola.

7) Topik 7 : Mencantum dan menjahit baju kebaya moden
Mencantum dan menjahit bahagian-bahagian baju.
• Mencantum dan menjahit bahagian-bahagian kain.
• Menerangkan langkah-langkah mencantum dan
menjahit.
• Menerangkan langkah-langkah mencantum dan
menjahit bahagian-bahagian kain.

7 topik yang lengkap. Anda boleh download panduan ini di Panduan Menjahit Baju Kebaya Moden Leher V dan Kain Selisih.

Selamat mencuba.....

Currently have 0 comments:


Leave a Reply