feat3

Selamat Datang!

Selamat datang dan terima kasih kerana melawat blog Butik YusNur. Kami menyediakan tutorial jahitan, panduan percuma berkenaan cara menjahit dan menjual pakaian seperti tudung, baju muslimah dan pelbagai lagi secara online.

Read More


Celebrity Cooler Kit Bag kit sejuk yang kecil dan bergaya

Posted by yusnur | 24 September 2011 | Category: , | 0 comments


Jingle Jungle - Celebrity Cooler Kit Bag (Blue Stripe)

Ia adalah kit sejuk yang kecil dan beg bergaya yang kelihatan seperti beg kosmetik anda.

Ia juga kit beg sejuk yang sesuai untuk dipadankan dengan beg penyusuan "Celebrity Breastfeeding Bag"kami.

Ia adalah sangat mudah untuk dibawa ke mana sahaja. Anda boleh menyimpannya di mana-mana beg seperti beg kerja anda! Tiada siapa yang akan mengesyaki bahawa anda dibawa sekitar susu berharga apatah lagi anda nampak bergaya.

Ia boleh memuatkan 4-6 botol penyimpanan dan 2 hingga 4 icepacks. Anda perlu membuat penyesuaian pada bilangan botol dan icepacks.

Berminat untuk menjadi pengedar produk ini dan produk penjagaan bayi yang lain tanpa modal, tanpa simpan stok dan tanpa penghantaran ? Kedai online jenama anda diberikan dan siap dalam masa 5 minit dan terus berniaga. Sila ke Rakan niaga ePasaraya.com

Anda juga boleh dapatkan di kedai online kami di Celebrity Cooler Kit Bag

Cloth diaper kain lampin moden dan menjimatkan

Posted by yusnur | 23 September 2011 | Category: , , | 0 comments

Adakah anda ibu atau bapa yang mempunyai Anak atau Bayi yang memakai Pampers?? Jika ya, maka inilah peluang untuk anda berjimat sehingga RM3500 dengan bertukar dari pampers kepada Kain Lampin Moden .

Apa itu cloth diaper (CD)?

Cloth diaper adalah lampin kain. Dengan kata yg lebih canggih..lampin kain yang telah di upgrade sehingga mampu berfungsi seakan-akan lampin pakai buang dan yang paling penting sekali boleh dibasuh dan dipakai semula! Kelebihannya? Anda dapat berjimat untuk jangka panjang, Bayi anda juga lebih sihat kerana tidak terdedah kepada bahan kimia yang terkandung dalam lampin pakai buang.

Anda juga dapat membantu mengurangkan pencemaran alam sekitar Bayi juga kelihatan comel apabila dipakaikan dengan cloth diaper. Ini kerana Cloth Diaper didatangkan dengan pilihan dalam pelbagai corak,warna dan saiz. Macamana nak pakai?? Mudah sahaja! Masukkan insert dalam poket (untuk cloth diaper berpoket) dan pakaikan diaper tersebut pada bayi..sama macam kita pakai lampin pakai buang.

Bagaimana pula cara nak basuh?

Mudah dibasuh. Caranya sama dengan cara kita membasuh baju kita cuma jangan gunakan pencuci yang ada bahan peluntur, softener dan enzim sebab akan cepat merosakkan diaper dan menyebabkan sensitif pada kulit bayi. Sabun yang biasa digunakan Pureen HAD kerana lembut pada kulit bayi. Selepas dibasuh, jemur dahulu sehingga kering sebelum dimasukkan insert untuk elakkan elastik daripada terputus.

Yang paling penting, bagi yang baru bermula menggunakan CD, sila buat basuhan awal CD sekurang-kurangnya 3 kali agar daya serapan bertambah baik.

7 SEBAB KENAPA ANDA MESTI GUNAKAN CLOTH DIAPER

Mengapa saya memakai Cloth Diaper untuk anak anak saya

1. Cloth Diaper juga sangat menjimatkan! Anda akan berjimat sehingga RM3500 apabila menggunakan Cloth diapers. Cuba anda kira bersama saya. jika kita guna cloth diaper yang harganya RM25 per set dan kita perlukan sekurang-kurangnya 12 set, kosnya hanya RM300 dan tahan sehingga 3 tahun Tetapi jika kita gunakan Disposable Diaper (lampin pakai buang) yang harganya RM0.60 sekeping dan kita gunakan 7 keping satu hari iaitu bersamaan RM4.20 sehari. RM4.20 X 365 hari = RM1533 setahun yang akan kita belanjakan. Manakala untuk tempoh 3 tahun, RM1533 X 3 = RM4599 yang akan kita belanjakan. 3 tahun ni adalah purata masa bayi anda boleh pergi ke tandas sendiri. Jadi, antara RM300 dan juga RM4599 mana satu pilihan anda??

2. Pemakaian Cloth Diaper juga membantu bayi anda lebih sihat. Ini kerana, Cloth diaper diperbuat daripada kain Cotton. Kain Cotton merupakan jenis kain yang paling semulajadi untuk diletakkan pada kulit bayi. Selamat untuk kulit bayi yang sensitif. Tiada gel atau bahan kimia lain yang berbahaya.

3. Dengan memakai cloth diaper juga, kurang berlaku ruam dan gatal. Sebabnya tidak lagi berlaku tindak balas bahan kimia terhadap kulit anak kita. Lebih lama disposable diaper dipakai, lebih senang ruam gatal berlaku!! Mengapa disposable diaper senang menyebabkan ruam gatal berlaku pada bayi anda? Adakah anda tahu bagaimana Disposable Diaper (lampin pakai buang) berfungsi ? Adakah anda tahu apakah yang ada di dalam lampin pakai buang?

Baiklah, cuba anda buat eksperimen ini, potong Disposable Diaper itu kepada 2 bahagian. Tuangkan air kepada 1 bahagian dan lihat apa yang berlaku. Terdapat kristal-kristal kecil yang akan bertindak balas dan berubah kepada bentuk gel setelah terkena pada air tadi. Gel ni akan menyimpan air kencing dan juga menyerap segala lembapan semulajadi pd kulit baby. Akibat daripadanya, kulit bayi mudah terkena ruam/kerengsaan kulit.

cloth-diaper-murah


Fakta: Bahan-bahan yang digunakan Untuk Membuat Disposable Diaper * Dioxin - bahan yg terhasil dari proses pelunturan. Kertas yang digunakan bagi menghasilkan lampin pakai buang perlu dilunturkan supaya nampak putih dan bersih. Dioksin merupakan toksin bersifat karsinogen (menyebabkan kanser) Penggunaannya telah dilarang dibanyak negara, tetapi tidak termasuk USA .

* Sodium polyacrylate - Bahan ini dimasukkan ke dalam lampin pakai buang untuk membuatnya menyerap dengan banyak. Ia akan bertukar kepada gel apabila basah. Ia boleh menyerap 200-300 kali beratnya dalam air, dan membendungnya dalam bentuk gel bergetah. Ia boleh menyebabkan kulit bayi menjadi kemerah-merahan sekiranya lampin lambat ditukar. Dalam kes alahan kronik, ia boleh menyebabkan muntah-muntah, demam serta jangkitan kuman. Gel ini tidak lagi digunakan dalam pembuatan tampon wanita sejak 1995 kerana dikaitkan dengan Toxic Shock Syndrome.Bahan kimia ini juga membolehkan bayi berada dalam keadaan kering berjam-jam lamanya dan juga menyebabkan ibu kerana tidak perlu menukar lampin bayi.

* Tributyl Tin (TBT) - Dilabel sebagai environmental pollutant dan sangat toksik. Ia boleh menganggu sistem hormon dan imunisasi badan.

* Crude Oil - Satu cawan penuh 'crude oil' telah digunakan utk menghasilkan satu dispo diaper. Crude oil adalah sejenis petroleum.

4. Alam persekitaran kita juga akan lebih terjaga dan terpelihara. Seorang bayi akan menggunakan sehingga 7,000 disposable diapers atau pun 80 cotton diapers. Satu Disposable Diaper hanya akan dipakai selama 2 jam atau paling lama 4 jam. Cuba fikirkan apakah bahan yang telah digunakan hanya untuk membuat bahan yang akan dipakai untuk 2 jam (atau lebih) ? Dan fikirkan juga ke mana akhirnya Disposable Diaper itu?

Kesemuanya akan ke tempat pembuangan sampah kan??

bannercantumclothdiaper


Fakta tentang Disposable Diaper/Lampin Pakai buang


- Lebih dari 27 juta lampin pakai buang sampai ke tempat longgokan sampah di serata dunia setiap hari.
- Sumber sampah KETIGA TERBESAR sedangkan hanya 5% populasi dunia menggunakannya.
- Sehelai lampin pakai buang mengambil masa sehingga 500 tahun untuk mereput dengan sendirinya.
- Di rumah yang mempunyai anak kecil, lampin pakai buang menyumbang 50% dari keseluruhan sampah yang dikeluarkan dari rumah itu.
- Lampin pakai buang akan mencemarkan air dan menyebabkan penyakit apabila terkumpul dengan banyaknya di tempat longgokan sampah

5. Senang untuk digunakan. Kalau zaman dulu-dulu, zaman guna kain lampin manual, kita kena ada pin, seluar getah,dan kena ada masa untuk lipat kain lampin tu. Tapi sekarang, cloth diaper ada macam-macam rekaan baru dan moden yang sangat menyenangkan ibu bapa untuk menggunakannya!!

6. Anak kita akan cepat belajar buang air sendiri kerana mereka boleh merasakan kebasahan padacloth diaper apabila ia sampai ke tahap ‘maksima’. Bayi yang menggunakan CD juga akan lebih cepat membezakan antara basah dan kering kerana walaupun bahagian dalam Cloth Diaper (fleece) ini sentiasa kering dan selesa, masih ada kedinginan semulajadi berbanding DD. Menurut satu artikel di dalam Wall Street Journal, bayi yang memakai DD memakai lampin sehingga umur 36 hingga 42 bulan (3-4tahun), sedangkan bayi yang memakai CD masanya lebih singkat iaitu sehingga setahun lebih awal. Ini sangat menjimatkan kerana anak kite akan cepat belajar membuang air sendiri di tandas.

7. Anak-anak juga belajar dari pemerhatian dan peniruan. Dengan memakai cloth diaper, anda juga telah menunjukkan contoh tentang cara-cara mengurus sampah dengan baik dan menjaga alam sekitar. Mereka pun akan mencontohi sikap anda yang baik kerana telah di didik dengan cara seperti itu

diapers


Jadual Penggunaan Cloth Diaper


Berikut merupakan cadangan jadual penggunaan CD harian untuk baby anda. Walau bagaimanapun, ibu-ibu boleh juga mereka sendiri jadual penggunaan CD bagi baby mereka bergantung kepada kekerapan baby membuang air kecil/kencing.

7am - 10am 1 CD + 1 Insert
10am - 1pm 1 CD + 1 Insert
1pm - 4pm 1 CD + 1 Insert
4pm - 7pm 1 CD + 1 Insert
7pm - 12am 1 CD + 2 Inserts
12am - 7am 1 CD + 2 Inserts

Kesimpulannya, 6 CDs + 8 Inserts diperlukan untuk penggunaan selama 24jam.

Jadi secara kasarnya (menurut perkiraan dan pengalaman saya), 12 CDs diperlukan bagi membolehkan baby menggunakan CD sepenuhnya tetapi tak salah rasanya jika ibubapa ingin memiliki/membeli lebih dari 12 CDs kerana CD tersebut bolehlah digunakan semasa emergency sepeerti hujan & CD tak kering.

Saya sendiri memiliki lebih 25 CD untuk seorang anak saya.

Info Berkenaan Cloth Diaper QQbaby

Brand: QQ Baby
Saiz : Boleh diubahsuai dari saiz S, M dan L
Sesuai Untuk Bayi :3-13kg
Pakej : QQ Baby Pocket Diaper + 2 Microfiber Inserts (3 layers)

Ciri-ciri Cloth Diaper
  • Design yang uniques iaitu 3 x 3 butang snap yang memudahkan untuk mengubahsuai saiz yang berbeza bagi bayi yang berumur 3kg-13kg
  • Mudah untuk mengubahsuai pinggang dan kaki Daya serapan terbaik iaitu insert jenis microfiber 3 lapis
  • Lapisan dalaman suede yang lembut untuk membuatkan bayi merasa selesa
  • Kain Lapisan Luar Jenis PUL (Polyurethane Laminated Polyester (PUL)
  • Kain yang sangat kalis air untuk mengelakkan kebocoran Dibuat daripada 100% Polyster kepada Kain Lampin Moden
Berminat untuk menjadi pengedar produk ini tanpa modal, tanpa simpan stok dan tanpa penghantaran ? Kedai online jenama anda diberikan dan siap dalam masa 5 minit dan terus berniaga. Sila ke Rakan niaga ePasaraya.com

Anda juga boleh dapatkan di kedai online kami di Cloth diaper

Mulakan perniagaan tanpa produk.


Salam sejahtera,
Post ini ringkas sahaja untuk mengajak kepada suri-suri rumahtangga yang berminat berniaga online tapi tiada modal untuk beli stok.

Biasanya orang akan beli produk dulu untuk berniaga, kalau takde orang beli, rugi sesangat...modal dah keluar, terpaksa turunkan harga. Kami di butik YusNur mengajak anda berniaga tanpa beli produk.

Nak tahu tak rahsia boleh berniaga macam-macam produk, tak payah beli produk, dan tak kisah kalau orang tak beli...

Klik terus --> Berniaga Tanpa Produk.

Jumpa anda di sana.

Terima kasih

Jualan Baju Muslimah : Soft Denim Spandex

Posted by yusnur | 19 September 2011 | Category: , | 0 comments


Soft Denim Spandex

Price: RM60.00

Baju soft denim spendex ala Muslimah . Sesuai digayakan di pelbagai situasi seperti di pejabat, beriadah, menghadiri majlis rasmi dan sebagainya.



Detail dan tempahan...

Klik -> Baju Soft Denim Spandex