feat3

Selamat Datang!

Selamat datang dan terima kasih kerana melawat blog Butik YusNur. Kami menyediakan tutorial jahitan, panduan percuma berkenaan cara menjahit dan menjual pakaian seperti tudung, baju muslimah dan pelbagai lagi secara online.

Read More


Pola Bahagian Leher Baju Kurung

Posted by yusnur | 30 July 2009 | Category: , |
feat3

Pola Bahagian Leher Baju Kurung

hai...bertemu lagi.Selamat berpuasa untuk semua..dah pun masuk bulan ramadhan semoga kita semua mendapat keberkatan...Dalam post2 yang telah lalu saya dah tunjukkan lukisan pola baju kurung bahagian badan, pesak dan kekek. Kali ini saya akan tunjukkan pula cara membuat rajah bahagian leher baju kurung pula. Ini adalah pola bahagian terakhir bahagian baju. Nampaknya anda pun dah hampir dapat menyiapkan keseluruhan pola bahagian baju kurung.

Ok, mari teruskan pelajaran kita. Untuk melukis pola bahagian leher baju kurung ini, Saya cadangkan anda lukis di atas kertas yang agak keras terlebih dahulu dan kemudian nanti boleh pindahkan ukuran pola ke atas kain atau kertas gam. Salah satu sebab lagi kita lukis di atas kertas dahulu ialah kita boleh menyimpan pola bahagian leher ini utk di gunakan di lain kali. Jadi tak perlulah setiap kali kita nak buat baju kita perlu merajah pola leher ini..mudah kan....



Ikuti cara-cara melukis bahagian leher di bawah.

Langkah pertama lukis dahulu garis lurus , kemudian buatkan garisan tegak 90' darjah A - B

1. A - B, anggapkan sebagai garisan bahu

2. A - C, adalah ukuran lilitan leher / 6

3. A - D, adalah ukuran lilitan leher / 6

4. D - F, dari D keluarkan 1/2" inci dan tandakan F

5. F - E , Ukuran lilitan leher / 6 , buat garisan F - E

6. A - G, Dari A keluarkan 1/2" inci dan tandakan A

7. C - H, Dari C keluarkan 1/2" inci dan tandakan H

8. G - H Di bahagi kpd 3 bahagian Tanda G1,G2,G3

9. H - J, adalah 1" inci

10. J - K, Dari J buat ukuran 1 " inci dan tandakan K

Buatkan garisan lengkung menyambungkan G2 ke J dan garisan lengkung dari K Ke F (seperti dalam rajah). Ok pola bahagian bukaan leher telah siap. Sekiranya tadi anda merajah pola di atas kertas anda boleh gunting mengikut pola yang telah siap.

Untuk bahagian belahan leher baju kurung selalunya berukuran 4 inci atau 4 inci lebih sedikit. anda boleh membuat rajah belahan leher di atas kain atau kertas gam nanti...saya akan tunjukkan contoh pola bahagian leher yang saya telah siapkan di post yang akan datang supaya lebih jelas dan senang di fahami.

11. F - L Belah Leher 4 "


saya lebih suka lukis rajah pola leher pada kertas gam dan nanti kita hanya perlu jahitkan pada bahagian leher di badan. lebih mudah dan cepat. Sekiranya ada pertanyaan anda boleh tinggalkan komen ....insyallah saya akan cuba menjawabnya....;-)

Currently have 5 comments:

  1. tima kasih ya sebab ajarkan... :D hope awak sukses selalu...good job :D

  2. sesame kite berkongsi ilmu yang ada

  3. Terima kasih..share ilmu..

  4. Terima kasih tutorialnya. Minta izin ambil ya. Nak cuba buat baju sendiri :)

  5. Silakan.. semoga bermanfaat


Leave a Reply