feat3

Selamat Datang!

Selamat datang dan terima kasih kerana melawat blog Butik YusNur. Kami menyediakan tutorial jahitan, panduan percuma berkenaan cara menjahit dan menjual pakaian seperti tudung, baju muslimah dan pelbagai lagi secara online.

Read More


Istiqamah ada kaitan dengan fokus

Posted by yusnur | 08 April 2014 | Category: , |
feat3

Bismillah.

"Orang yang berjaya bukan sebab mereka hebat, tapi mereka sentiasa istiqamah." - Sifu Siddiq

----
Fokus
----

Istiqamah ada kaitan dengan fokus. Orang yang fokus, luar biasa kerjanya. Dia sentiasa on track. Andai terkeluar daripada landasan, dia akan cepat-cepat back on track.

Hebatnya seorang yang fokus, ibarat kanta pembesar yang dapat membakar sekeping kertas yang difokuskan dengan cahaya matahari. Walau cahaya itu hanya sebesar jarum tirus.

Apabila berbincang tentang fokus, punca bertangguh adalah tidak fokus. Apabila kita tidak fokus, kita akan banyak buat kerja merapu. Ada pepatah yang saya pernah baca,

“Kita selalu buat kerja yang tidak perlu berbanding perlu.”

Sebagai contoh, kita ada 5 tugasan kecil pada hari ini. Apabila tiada fokus, kita buat tugasan yang lain, yang akan melambatkan proses penyiapan 5 tugasan kecil itu. Sedangkan, dalam masa 24 jam, tempoh itu lebih daripada mencukupi untuk siapkan tugasan kecil itu.

----
Fokus - pengajaran lebih 3 tahun
----

Dalam panduan 70 Lessons, antara perkara yang ditekankan adalah tentang Fokus. Betapa masa kita akan banyak disia-siakan, apabila tiada fokus.

Membazir masa
Membazir tenaga

Dan selama itu hidup kita tidak akan berubah apabila kita tidak fokus.

Muatturun panduan 70 Lessons dengan klik link di bawah,



Alhamdulillah

Currently have 0 comments:


Leave a Reply