feat3

Selamat Datang!

Selamat datang dan terima kasih kerana melawat blog Butik YusNur. Kami menyediakan tutorial jahitan, panduan percuma berkenaan cara menjahit dan menjual pakaian seperti tudung, baju muslimah dan pelbagai lagi secara online.

Read More

Pola Bahagian Leher Baju Kurung

Posted by yusnur | Thursday, July 30, 2009 | Category: , | 5 comments

Pola Bahagian Leher Baju Kurung

hai...bertemu lagi.Selamat berpuasa untuk semua..dah pun masuk bulan ramadhan semoga kita semua mendapat keberkatan...Dalam post2 yang telah lalu saya dah tunjukkan lukisan pola baju kurung bahagian badan, pesak dan kekek. Kali ini saya akan tunjukkan pula cara membuat rajah bahagian leher baju kurung pula. Ini adalah pola bahagian terakhir bahagian baju. Nampaknya anda pun dah hampir dapat menyiapkan keseluruhan pola bahagian baju kurung.

Ok, mari teruskan pelajaran kita. Untuk melukis pola bahagian leher baju kurung ini, Saya cadangkan anda lukis di atas kertas yang agak keras terlebih dahulu dan kemudian nanti boleh pindahkan ukuran pola ke atas kain atau kertas gam. Salah satu sebab lagi kita lukis di atas kertas dahulu ialah kita boleh menyimpan pola bahagian leher ini utk di gunakan di lain kali. Jadi tak perlulah setiap kali kita nak buat baju kita perlu merajah pola leher ini..mudah kan....



Ikuti cara-cara melukis bahagian leher di bawah.

Langkah pertama lukis dahulu garis lurus , kemudian buatkan garisan tegak 90' darjah A - B

1. A - B, anggapkan sebagai garisan bahu

2. A - C, adalah ukuran lilitan leher / 6

3. A - D, adalah ukuran lilitan leher / 6

4. D - F, dari D keluarkan 1/2" inci dan tandakan F

5. F - E , Ukuran lilitan leher / 6 , buat garisan F - E

6. A - G, Dari A keluarkan 1/2" inci dan tandakan A

7. C - H, Dari C keluarkan 1/2" inci dan tandakan H

8. G - H Di bahagi kpd 3 bahagian Tanda G1,G2,G3

9. H - J, adalah 1" inci

10. J - K, Dari J buat ukuran 1 " inci dan tandakan K

Buatkan garisan lengkung menyambungkan G2 ke J dan garisan lengkung dari K Ke F (seperti dalam rajah). Ok pola bahagian bukaan leher telah siap. Sekiranya tadi anda merajah pola di atas kertas anda boleh gunting mengikut pola yang telah siap.

Untuk bahagian belahan leher baju kurung selalunya berukuran 4 inci atau 4 inci lebih sedikit. anda boleh membuat rajah belahan leher di atas kain atau kertas gam nanti...saya akan tunjukkan contoh pola bahagian leher yang saya telah siapkan di post yang akan datang supaya lebih jelas dan senang di fahami.

11. F - L Belah Leher 4 "


saya lebih suka lukis rajah pola leher pada kertas gam dan nanti kita hanya perlu jahitkan pada bahagian leher di badan. lebih mudah dan cepat. Sekiranya ada pertanyaan anda boleh tinggalkan komen ....insyallah saya akan cuba menjawabnya....;-)

Bahagian Kekek Baju Kurung

Posted by yusnur | Sunday, July 26, 2009 | Category: , | 0 comments

Hai...jumpe lagi untuk post kali ini, jom sambung belajar untuk bahagian kekek pula....


Buat segi empat sama bersaiz 4 inci x 4 inci (termasuk basi jahitan) saiz kekek ialah 3 inci x 3 inci

untuk bahagian kekek ni, buat 2 bahagian yang sama untuk bahagian kiri dan kanan tangan nanti...harap sehingga post ini anda dapat faham dan mengikuti......ok untuk post yang akan datang saya akan tunjukkan pula untuk membuat Pola bahagian lubang leher pula....

Bahagian Pesak Baju kurung

Posted by yusnur | Friday, July 24, 2009 | Category: , | 0 comments

Pola 3 : Bahagian Pesak

Kali ni saya tunjukkan pula pola untuk bahagian pesak. rajah pesak seperti yang saya tunjukkan di bawah ini.







Ukuran pesak yang biasa saya gunakan ialah 2 1/2" inci diatas dan bahagian bawah 4 1/2" inci.


1. A - B ialah 4 1/2 inci + 1 inci utk basi kiri dan kanan (lihat rajah)



2. D - C Ialah 2 1/2" inci + 1 inci utk basi jahitan (lihat rajah)



3. C - B adalah ukuran panjang pesak. formula yang di gunakan adalah seperti berikut:-

labuh pesak = ukuran labuh baju - 1/2 bukaan lengan + 1 1/2" inci
cth seperti ukuran saya ialah 39" - (16"/2) + 1 1/2 "
= 32 1/2" inci

4. D - A , sambungkan garisan D ke A, anda akan dapati ia agak condong berbanding C - B


pada bahagian lurus pesak (C - B) buatkan sedikit tanda kerana bahagian ini anda perlu cantum dengan bahagian badan nanti. Anda perlu buat 4 pesak utk sepasang baju kurung.


orait itu sahaja langkah2 untuk melukis pola bahagian pesak....post yg berikutnya nanti saya akan tunjukkan pula pola untuk bahagian kekek....

pola tangan baju kurung

Posted by yusnur | Thursday, July 23, 2009 | Category: , | 0 comments

hai..jumpe lagi...meh sambung belajar baju kurung kita. Kali ini saya nak sambung pula utk bahagian pola tangan. ..


1. A - B 1/2 ukuran bukaan lengan + 1/2 " inci ( cth ukuran saya (16"/2) + 1/2" = 8 1/2" )

2. A - H ukuran labuh tangan + 1/2" inci

3. H - I 1 1/2" inci (ini adalah utk lipatan basi)

4. I - G , H - F 1/2 bukaan tangan + 1/2 " (cth ukuran (14"/2) + 1/2" = 7 1/2" inci)

5. B - C 3/4 " inci (gunakan pembaris lengkung utk membuat lengkungan)

5. C - D sukatan pesak atas + sukatan kekek + 1 inci (cth ukuran 2 1/2" + 3" + 1" = 6 1/2")

6. F - E 1 1/2" inci7. E - D Sambungkan garisan ED

mcm mana ok tak?.rasanya mudah saje utk membuat bahagian tangan ni...ok untuk post yg akan datang kita belajar utk buat bahagian pesak pula..

Pola Baju Kurung

Posted by yusnur | Monday, July 20, 2009 | Category: , | 0 comments






hai...kali ini saya nak tunjukkan pula pola bahagian badan.Pola badan yang saya tunjukkan adalah pola sebelah ukuran baju dari hadapan hingga belakang baju. (ini tidak membuat potongan pada bahu). anda bayangkan bahagian baju anda di bahagi kpd 2. Selalunya saya akan lukis pada kain terus, jadi kain yang saya akan lukis pola akan saya lipat dua. ok, untuk melukis pola spt diatas saya terangkan bagaimana ukuran untuk membuat pola badan seperti di tunjukkan.

1. A - D ukuran 1/2 ukuran bahu + 1/2 inci (utk basi jahitan) cth ukuran bahu 16 inci jadi ukuran

A - D adalah 8 1/2 " inci...


2. A - B , E -D labuh baju + 1 1/2 " inci (utk lipatan bawah baju)


3. B - E adalah sama spt A- D . B-E adalah garisan tengah baju / bahu.



4. B - C , E - F labuh baju + 1 1/2" inci (utk lipatan bawah baju)

di sebabkan pola badan agak mudah, mgkn anda boleh lukis terus di atas kain, tetapi jika tidak yakin anda boleh membuat pola badan pada kertas dahulu. kalau anda hendak melukis dia atas kertas shj anda hanya perlu lukis pola sehingga A-B-E-D sahaja. Nanti semasa memotong / melukis draf pd kain anda hanya gunakan pola yg sama utk bahagian belakang baju cuma perlu di terbalikkan kertas pola tersebut.

ok..setakat ini dulu utk lukisan pola bahagian badan. kita sambung lagi utk bahagian tangan, pesak, kekek dan leher pada post yang akan datang....tunggu...

Jahitan Sebagai Hobi dan Seni

Posted by yusnur | | Category: | 0 comments


Jahitan adalah satu seni yang sangat menarik dan berfaedah. Dengan menjahit seseorang
dapat merasakan ketenangan.Masa kecik2 saya selalu ikut mak belajar menjahit di pusat kemas. Bila tengok mak cik2 dan kakak2 kat situ menjahit rasa minat sangat.
Masa darjah 4 saya pun try buat bekas pensil
sendiri..hee..hee...walaupun tak cantik sangat tapi seronok sebab dapat menjahit dan dapat
hasilkan sendiri bekas pensil.ala budak2 la kan...

Tapi minat dalam jahitan tu terhenti sekejap bila dah besar sikit.....tapi bila masuk alam
pekerjaan rasa bidang jahitan ni satu bidang yang sangat menarik dan bukan sekadar hobi...

ok...saya nak share cara-cara membuat sepasang baju kurung dengan cara yg paling mudah...meh la belajar kalau dapat buat baju sendiri pun kira ok la tu..puasa pun dah nak dekat pastu nak raya kan..boleh la tahun ni try buat baju sendiri.....saya akan tunjukkan pola membuat baju kurung berperingkat-peringkat ye...belajar pelan-pelan dan bahagian demi bahagian supaya nampak mudah dan tak memeningkan kepala...;-)

LANGKAH 1 : UKURAN BADAN YANG PERLU

Di bawah ini ukuran2 yg perlu di ambil utk membuat baju kurung. saya sertakan dgn cth ukurannye
supaya mudah di fahami (ukuran adalah dalam inci dan sebagai contoh shj).

1. UKURAN BAHU = 16 "
2. LABUH BAJU = 39 "
3. UKURAN LEHER + 2 JARI UTK KELONGGARAN = 16"
4. LABUH TANGAN = 22 "
5. BUKAAN LENGAN (DI BAHAGIAN BAHU) = 16 "
6. BUKAAN TANGAN (PERGELANGAN TANGAN) = 14"

ok...saya akan sambung cara-cara untuk melukis pola badan pd post yg akan datang...tunggu ye...kalu ada apa2 yang rasa tidak faham bolehlah tinggalkan komen / soalan. Insyaallah saya akan cube membantu / share ilmu2 yang ada...